Mimpi – K-Clique Live Lazada ( Lazada 1111)



mimpi Live Lazada super sale

copyright !!

Mimpi (K-clique)

Mimpi karaoke Version

Dengar saja Hip hop pastinya kita terbayangkan nama-nama besar arena muzik hip hop tempatan seperti Malique, Joe Flizzow, Altimet, Alif, SonaOne dan ramai lagi. Lazimnya penyanyi hip hop muncul secara solo, duo atau trio, jarang sekali mereka muncul secara berkumpulan yang lebih dari lima anggota. Kemunculan kumpulan hip hop yang dikenali sebagai K-Clique dan dianggotai lapan anak muda ini pastinya mencipta kelainan dan mampu memenuhi citarasa pendengar hip hop tempatan.

Kumpulan yang tidak asing di kalangan peminat muzik hip hop tempatan ini berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. K-Clique dianggotai MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas. Sungguhpun hanya bergerak secara underground, kumpulan ini masih boleh berbangga apabila barisan lagu mereka seperti ‘Lane Lain Line’, ‘Sah Tu Satu’, ‘Licik’ dan ‘Warna’ berjaya menjana jutaan tontonan di YouTube, menjadikan K-Cique berpotensi besar untuk melangkah jauh dalam arena muzik arus perdana.

K-Clique meneruskan momentum kerjaya seni mereka dengan memperkenalkan nama dan muzik mereka dengan cara yang tersendiri. Kini, K-Clique muncul dengan single terbaru mereka yang berjudul Mimpi dengan penampilan istimewa rapper dan penerbit yang semakin menempa nama di industri muzik urban Malaysia, Alif. ‘Mimpi’ adalah hasil ciptaan Alif bersama sebahagian besar anggota K-Clique sendiri seperti MK, Gnello, Noki, FareedPF, Tuju dan Somean.

‘Mimpi’ adalah terbitan Black Hat Cat Records (BHC), sebuah rumah rakaman yang ditubuhkan dengan tujuan memartabatkan genre muzik urban di Malaysia. K-Clique adalah artis pertama yang bernaung di bawah BHC. Dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar rasmi, Mimpi boleh didengarkan di semua pelantar digital seperti Spotify, iTune, KKBox, Deezer, JOOX dan Apple Music.

#MIMPI
#KCLIQUE
#ALIF

source: https://thovn.net

Xem thêm các bài viết về Giải Trí: https://thovn.net/category/giai-tri/

Add Comment